Connect with us

Oh! Media

Caprice Jangka Hishammuddin Hussein Bakal PM Ke-9

CAPRICE

Trending

Caprice Jangka Hishammuddin Hussein Bakal PM Ke-9

Penyanyi rap, Caprice menerusi Instagram miliknya ada menyatakan sokongan kepada Menteri Kanan Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9 bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Siapkan Diri Anda, Ia Akan Datang” – Caprice Beri Bayangan Baru

Perkara itu disuarakan Caprice di Instagram Storynya, semalam.

Caprice

Malah, Ariz Ramli,33, ini juga turut memilih Anwar Ibrahim sebagai ahli politik yang layak diangkat bagi menggalas tanggungjawab untuk memimpin negara.

Ramai tanya Caprice kenapa pilih Datuk Seri Hishammuddin. Guys, ini adalah apa yang kita pilih. Ini hanyalah berdasarkan ramalan saya. Berdasarkan agenda dunia, yang paling sesuai adalah DS Hishammuddin atau Anwar Ibrahim. Kalau kita kaji siapa yang dia baru-baru jumpa, siapa belakang dia, apa dia buat baru-baru ini. Kalau kita lihat akaun media sosial DS Hishammuddin, sudah cukup cantik sebagai akaun media sosial seorang Perdana Menteri.

Katanya lagi, nama-nama seperti Ku Li juga layak diangkat sebagai Perdana Menteri ke-9.

Terdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof mengesahkan Muhyiddin akan meletakkan jawatan kepada Yang di-pertuan Agong bertempat di Istana Negara. Sebentar tadi Muhyiddin telah melakukan sidang media dan mengesahkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri dan seluruh menteri hari ini.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas