Connect with us

Oh! Media

“Semoga Jadi Asbab Zizi Mendapat Hidayah” – Netizen

Oh! Artis

“Semoga Jadi Asbab Zizi Mendapat Hidayah” – Netizen

Subhanallah, kalau korang dengar lagu Zizi Kirana yang baru, featuring kumpulan UNIC, korang pun confirm akan terpesona dengan sisi lain Zizi Kirana.

Yelah, kita semua tahu yang Zizi dah familiar dengan lagu rap. Tapi kali ni, Zizi alunkan selawat dan qasidah tau! Surprisingly, sebutan bahasa Arab Zizi sangat bagus dan rata-rata artis dan netizen mengakui perkara tersebut.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya waktu sekolah rendah dan menengah, Zizi memang aktif dalam nyanyian nasyid. Zizi akui walaupun dia menyanyikan lagu genre berbeza, tapi rasa cintanya pada qasidah dan selawat tak pernah hilang.

“Sebenarnya, sewaktu sekolah rendah dan menengah saya memang aktif dalam nyanyian nasyid. Nama kumpulan saya adalah Zayyan dan dipilih sebagai penyanyi solo. Kumpulan saya pernah memenangi peringkat kebangsaan.” – katanya.

Ustaz Fakhrul dari kumpulan UNIC pun cakap yang dia sangat terkejut dan kagum dengan nyanyian Zizi. Bahkan, ‘projek spontan’ mereka ni pun hanya ambil masa dua hari je nak siap. Fuh, memang tiptop lah.

“Sejujurnya, saya dan Bazli, tak sangka Zizi boleh nyanyi Arab dengan sangat baik walaupun dia rapper. Sebab lenggok Arab ini susah sikit kerana ada notasi tarannum. Tapi dia boleh buat, jadi lebih mudah. Latihan hanya dibuat di studio dan rakaman tak sampai dua jam.” – ujarnya.

Ohmedia tengok, ramai sangat netizen yang happy dan support Zizi Kirana menyanyikan lagu macam ni. Tak kurang juga yang memuji penampilan Zizi dalam music video ni. Memang cantik sangat. Zizi pun memang bertudung tiap kali datangnya Ramadan. Jadi, tak salah lah kalau kita nak doakan supaya satu hari nanti, Zizi nak kekalkan imej macam ni, kan?

Jadi kami harap jangan lah ada netizen yang kecam kalau Zizi keluarkan lagu rap lagi lepasni. Kita pun tahu Zizi memang dah lama berkecimpung dalam dunia rappers. Kita doakan yang baik-baik je untuk Zizi, okay?

Kredit: Harian Metro, Instagram Zizi Kirana

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

ITTIFY

To Top