Connect with us

Oh! Media

Selebriti Lelaki Ditahan Bersama Dadah Di Cyberjaya, Positif Ganja!

Ohmedia kereta Polis Malaysia

Oh! Artis

Selebriti Lelaki Ditahan Bersama Dadah Di Cyberjaya, Positif Ganja!

Terkini! Cyberjaya digemparkan dengan penahanan seorang selebriti lelaki terkenal berusia 41 tahun yang didakwa terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman dalam laporan Harian Metro berkata, suspek ditahan di sebuah rumah teres pada jam 3.10 petang hasil serbuan Bahagian Siasatan dan Jenayah IPD Sepang.

Polis jumpa dua paket lutsinar berisi leraian daun

Kereta Polis Malaysia

Dalam serbuan tersebut, polis menemui dua paket lutsinar berisi leraian daun disyaki ganja seberat 60.3 gram. Hasil ujian air kencing juga mengesahkan suspek positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

IKLAN

Selebriti ditahan tiada rekod jenayah lampau

Gari
Sekadar gambar hiasan

Norhizam turut memaklumkan bahawa suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Bagaimanapun, kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, hukuman berat menanti, termasuk penjara seumur hidup atau minimum lima tahun, bersama sekurang-kurangnya 10 sebatan.

#OhmediaNasihat

Penahanan ini menjadi peringatan buat semua bahawa penyalahgunaan dadah bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah membawa implikasi buruk kepada diri, keluarga, dan masyarakat. Elakkan daripada terjebak dengan kegiatan sebegini, dan carilah sokongan sekiranya memerlukan bantuan.

Ohmedia kereta Polis Malaysia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas