Connect with us

Oh! Media

‘Segala Screenshot Telah Diambil’ – Dihentam Teruk Peminat K-pop, Janna Nick Report Polis

Cover Photo Om 1200 X 675 63

Oh! Artis

‘Segala Screenshot Telah Diambil’ – Dihentam Teruk Peminat K-pop, Janna Nick Report Polis

Nama pelakon popular, Janna Nick dan Sharifah Sakinah menjadi trending di Twitter gara-gara sebuah video mendakwa kedua-dua pelakon ini mempersendakan pemergian bintang Kpop, Jonghyun tiga tahun lalu. Janna Nick walau bagaimanapun telah memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

Tidak habis di situ, Janna Nick dikatakan masih menerima provokasi daripada peminat Kpop yang tidak berpuas hati. Namanya juga trending di media sosial dengan hashtag #jannanickisgoingtojailparty. Memetik laporan Astro Gempak, Janna Nick telah membuat laporan polis terhadap beberapa akaun yang didakwa mencetuskan provokasi dan fitnah terhadapnya.

Foto Astro Gempak

Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua akaun yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.

Segala screenshot telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat.

Terbaru, akaun Instagram dan Twitter pelakon Melastik Ke Hatimu ini dikatakan sudah ‘tiada’.

IKLAN

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada akaun tersebut telah dinyahaktif pelakon ini sendiri atau lenyap hasil aduan yang dibuat peminat-peminat yang masih marah.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas