Oh! Artis
“Sebelum Ni Okey Je..” – Sharif Mohon Maaf, Tiada Niat Aibkan Adik Di Podcast
Baru-baru ni, pelawak Atu Zero menegur tindakan abangnya, Sharif Zero bercerita mengenai kisah peribadi dirinya di podcast.
BACA: “Saya Kena Jaga Hati Isteri” – Atu Zero Terkejut Sharif Kongsi Kisah Peribadinya Dalam Podcast
Atu berkata, tindakan Sharif tidak wajar dan berharap abangnya berhenti berbuat demikian. Terbaru, Sharif dalam laporan mStar meminta maaf dan menjelaskan niatnya yang sebenar.
Sharif mahu jadikan inspirasi, tiada niat buka aib

Menurut Sharif, dia sebenarnya cuma nak jadikan kisah hidup Atu sebagai inspirasi untuk orang ramai, bukan membuka aib.
Kalau dia anggap ia mengaibkan, saya tidak boleh salahkannya. Dia berhak bersuara sebab saya bercakap tentang kisahnya. Mungkin apa yang diperkatakan itu disalah anggap. Saya minta maaf sekiranya terlepas cakap.
Sharif berkata lagi Atu berhak marah kerana perkongsian melibatkan kisah peribadinya. Dalam masa sama, Sharif yakin niatnya disalah anggap kerana dia tak mungkin nak memburukkan darah daging sendiri.
Sharif mohon maaf kepada Atu

Meskipun timbul sedikit salah faham, Sharif menjelaskan hubungannya dengan Atu baik-baik je. Mereka tidak bergaduh dan masih berhubung seperti biasa.
Sebelum ini okey sahaja kami ‘membahan’ antara satu sama lain. Mungkin sebab dalam podcast itu hanya saya seorang dan bukan kami bertiga (bersama Atu dan Melati).
Terdahulu, Sharif mendedahkan Atu pernah keluar dari rumah dan membawa diri ke Kuala Lumpur untuk bekerja.
Dakwanya, Atu hidup seperti gelandangan dan hampir terjerumus ke kancah dadah. Sharif juga melihat Atu pada ketika itu sebagai individu yang tiada ‘harapan’.
#OhmediaNasihat
Kadang-kadang niat kita baik, tapi cara penyampaian tu boleh disalah faham. Jadi, bila nak cerita pasal hal keluarga atau orang lain, lebih baik fikir dua tiga kali. Privasi tu penting, dan kalau nak kongsi pun, pastikan tak jejaskan perasaan orang lain.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM