Connect with us

Oh! Media

“Saya Hormat Pelakon” – Zul Ariffin Akui Tak Perlu Sentuhan Untuk Hayati Watak

Oh! Artis

“Saya Hormat Pelakon” – Zul Ariffin Akui Tak Perlu Sentuhan Untuk Hayati Watak

Pelakon terkenal air, Zul Ariffin menegaskan bahawa dia tidak perlu bersentuhan dengan teman gandingannya dalam sebuah drama terbarunya bertajuk Love Elsa atau drama lain untuk menghayati watak, sebaliknya menghormati prinsip mereka.

ADVERTISEMENT

Mengulas pendekatan lakonannya bersama heroin berhijab menerusi drama itu, Zul berpendapat adegan berpegangan atau bersentuhan bukan menandakan keserasian kerana banyak elemen lain yang boleh diterapkan bagi menghayati watak serta memudahkan lagi kerjasama sepanjang proses penggembaran itu.

Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pelakon, malah menghormati pendirian rakan seperjuangan lain, terutama yang berhijab.

Bagi saya, kerja lakonan lebih kepada rasa hormat sesama pelakon. Jika tiada keperluan untuk bersentuhan, tak perlu buat sebab bukan semua watak mesra memberi kesan.

Masa yang sesuai utnuk memahami pelakon lain adalah semasa di lokasi penggambaran, baru kita faham sama ada orang itu selesa atau tidak dengan kita.

Tambahnya lagi, berlakon dalam drama tidak sama dengan berlakon filem kerana drama tidak ada banyak masa untuk sesi pembacaan skrip dan dalam filem juga, Zul banyak melakonkan watak aksi berbanding di dalam drama.

Love Elsa merupakan drama bersiri 24 episod dalam slot mega Drama Astro Ria arahan daripada pengarah Micheal Ang menggandingkan pelakon Zul Ariffin bersama seorang pengacara popular, Uyaina.

Drama itu mengisahkan Ammara lakonan Uyaina yang menghidap penyakit misteri iaitu tidak boleh disentuh dan jiran baharunya, Ridza Kim lakonan Zul Ariffin mencetuskan hubungan akrab antara mereka.

Pelakon berusia 35 tahun itu juga mengakui beruntung dapat bekerjasama dengan Michael yang sangat terbuka serta menerima pendapat pelakon dan bukanlah jenis memaksa selain mengakui bahawa pengarah tersebut cukup menyeronokkan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas