Oh! Artis
“Saya Yang Berjihad” – Ariz Ramli Mohon Netizen Jangan Serang Isteri Sebab Seksi
Penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice tidak pernah lekang daripada kontroversi meskipun telah berkahwin. Isterinya, Farra Inalis pula menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara tampil seksi di media sosial.
BACA: “Tak Nak Tegur Bini Ke?” – Ariz Ramli Jawab Persoalan Netizen Mengenai Aurat Isteri
Hal itu telah menyebabkan Ariz rasa serba salah dan menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku. Difahamkan, isterinya telah dimasukkan ke hospital dipercayai kerana terlalu tertekan.
Katanya, selepas berkahwin isteri hilang hilang ‘privacy’ dan sentiasa menjadi mangsa serangan netizen.
Jangan serang dia, serang saya. Saya yang berjihad, yang bina aplikasi untuk ummah, yang berjuang untuk Jurusalem dan menjadi imam kepada masjid yang saya bina ini.
Tambah penyanyi ini lagi, jika ada sesiapa yang gagal dalam hal ini, itu adalah dirinya. Dia merayu supaya kemarahan tidak dilepaskan kepada ahli keluarganya yang lain.




Kredit: Instagram daddycapofficial
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM