Connect with us

Oh! Media

“Saya Teruja Dan Gembira” – Shahir Tunang Bulan Depan, Erra Fazira Ucap ‘Tahniah’

erra fazira

Oh! Artis

“Saya Teruja Dan Gembira” – Shahir Tunang Bulan Depan, Erra Fazira Ucap ‘Tahniah’

Erra Fazira yang sebelum ini memiliki hubungan rapat bersama Shahir telah mengucapkan tahniah buat bekas kekasihnya itu sejurus mendapat berita Shahir bakal melangsungkan pertunangan bersama kekasih hatinya pada pertengahan Julai depan.

ADVERTISEMENT

BACA: Didakwa Jadikan Erra Fazira Isteri Kedua, Ini Jawapan Faizal Azumu

Menerusi laporan Harian Metro, Shahir dan pasangannya merancang untuk berkahwin pada tahun ini.

Berkenalan di media sosial

Nak bertunang pertengahan Julai ini dan kahwin insya-Allah tahun ini juga. 

Sebenarnya kami baru juga kenal. Dia bukan orang industri hiburan dan berusia 30 tahun. Kami berkenalan pun secara tak sengaja di media sosial.

Kalau nak cakap soal bersedia nak berumah tangga, sebelum ini lagi dah sedia. Malah, kalau ikutkan usia sebegini sepatutnya dah kahwin. Kawan-kawan saya pada usia ini semua dah ada anak.  

Shahir juga menyatakan bahawa perkenalannya bersama pasangan dipermudahkan semasa nak buat keputusan. Ahli keluarga pun semuanya sokong dengan keputusan yang dibuat.

Katanya, apabila buat solat Istikharah Allah permudahkan, maknanya sudah tiba masa untuk dirinya berkahwin.

Erra Fazira teruja dan gembira

Erra Fazira mengatakan sehingga kini, dia mengekalkan hubungan baik dan masih bertegur sapa dengan Shahir.

Saya ada menghubunginya sebaik saja menerima perkhabaran gembira itu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya,

Semestinya saya teruja dan gembira apabila terbaca berita gembira itu. Lantas saya terus menanyakan kepadanya dan dia menceritakan sepenuhnya kepada saya.

Saya masih mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan lama, yang mana biarpun tidak berjodoh, namun tidak bermasam muka. Apabila mendengar khabar baik mereka, semestinya kita turut gembira.

Walaupun tak pernah memberi sebarang kenyataan berkenaan hubungan ‘cinta’ bersama Shahir, namun Erra mengaku dia memiliki hubungan rapat dan baik bersama Shahir sebelum ini.

Semoga Allah permudahkan urusan Shahir untuk mendirikan masjid pada tahun ini. Sama-sama kita mendoakan hubungan Shahir dan pasangannya berkekalan hingga ke Syurga. Semoga Erra Fazira juga bertemu dengan pilihan hati yang boleh membahagiakannya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas