
Oh! Artis
“Saya Takut Tersalah Cakap” – Danish Hakim Tak Tahu Status Rumahtangga Marissa
Danish Hakim lebih selesa menghormati privasi Marissa Dania.
Isu rumahtangga Marissa Dania hangat diperkatakan selepas ibunya iaitu selebriti, Abby Abadi mahu menyelamatkan anaknya dari hubungan toksik.
BACA: “Anak Saya Perlu Diselamatkan Dari Hubungan Toksik Tu” – Abby Abadi
Namun sehingga kini, Marissa tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai perkara itu. Terbaru, abang Marissa iaitu Danish Hakim menyatakan tidak mengetahui status rumahtangga adiknya.
Abang tak tahu, hormati privasi Marissa Dania

Memetik laporan Utusan, Danish berkata, meskipun sebagai abang dia sepatutnya lebih tahu, namun dia memilih untuk menghormati ruang privasi Marissa.
Terus terang, saya banyak tak tahu sebenarnya pasal adik saya. Walaupun orang nampak kami rapat, tapi dia pun dah ada kehidupannya sendiri, begitu juga saya.
Menurut Danish, dia hanya mengetahui sedikit mengenai hal adiknya, namun tidak berani mendedahkan kerana itu adalah hak Marissa sendiri.
Saya takut tersalah cakap. Bagi saya, lebih baik kalau benda macam ni biar Marissa sendiri yang jelaskan.
Danish menegaskan isu rumah tangga adalah perkara sensitif yang tidak wajar dipaksa untuk dikongsi.
Bapa lebih layak nasihat

Malah, dia sendiri tidak memaksa Marissa untuk bercerita kerana tidak mahu merosakkan kesihatan mental adiknya.
Danish turut percaya bapanya, Norman Hakim, lebih layak untuk menasihati Marissa berbanding dirinya.
Pssttt! Setiap orang berhak untuk menjaga ruang peribadi masing-masing, lebih-lebih lagi dalam isu rumah tangga. Semoga Marissa dan keluarganya terus diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.
Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
