Connect with us

Oh! Media

“Saya Tidak Terasa Pun” – Erma Fatima Tidak Terasa Hati Kenyataan ‘Malaikat’ Dari Zul Ariffin

Oh! Artis

“Saya Tidak Terasa Pun” – Erma Fatima Tidak Terasa Hati Kenyataan ‘Malaikat’ Dari Zul Ariffin

Hari ini dunia hiburan tanah air digemparkan dengan keputusan perbicaraan terhadap pelakon terkenal, Zul Ariffin, yang telah memuat naik satu video berkelakuan sumbang di akaun Instagram miliknya. Pelakon itu telah dikenakan tindakan undang-undang dan perlu membayar denda sebanyak RM 30,000 selepas mengaku bersalah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Yang Lain Semua Malaikat, Saya Sorang Je Tak” – Zul Ariffin

Sewaktu temubual bersama wartawan, Zul Ariffin juga mengujarkan bahawa dirinya sahaja yang perlu mengaku bersalah.

Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya ‘malaikat’, saya seorang saja tidak. Jadi, saya sajalah yang mengaku bersalah. Tidak mengapa.

Hal ini menjadi bualan hangat oleh warganet, bahawa kenyataan ‘yang lain’ itu berkemungkinan merupakan pihak produksi bagi drama Perempuan Itu.

Jadi peringatan buat anak seni

Penulis bagi drama Perempuan Itu, Erma Fatima berkata bahawa insiden yang terjadi itu perlu dijadikan pengajaran bagi semua anak seni dan pengarah. Tambahan juga, Erma Fatima juga berkata bahawa dia tidak terasa hati mahupun tersinggung akan istilah ‘malaikat’ oleh Zul Ariffin.

Saya tidak terasa pun dengan kenyataan tersebut

Ini adalah pengajaran buat kita semua. Bukan sahaja Zul tetapi juga saya, pengarah dan anak seni lain.

Erma juga menambah bahawa drama Perempuan Itu akan disunting semula dan akan tetap ditayangkan kelak.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas