Connect with us

Oh! Media

“Isteri Okay Je” – Fikry Ibrahim Rupa-Rupanya Tak Tahu Isteri Fail Cerai

Ohmedia fikry Ibrahim 2

Oh! Artis

“Isteri Okay Je” – Fikry Ibrahim Rupa-Rupanya Tak Tahu Isteri Fail Cerai

Fikry Ibrahim terkejut bila dapat tahu isterinya telah fail cerai tanpa pengetahuannya. Apa sebenarnya yang berlaku?

Tiada angin tiada ribut, isteri kepada pelakon dan pelawak popular, Fikry Ibrahim didakwa memohon cerai selepas empat bulan berkahwin.

BACA: Isteri Fikry Ibrahim Akhirnya Fail Cerai Lepas 4 Bulan Kahwin Undang Perhatian Ramai

Lapor Gempak, Siti Khalizah Alihan telah memfailkan perceraian itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

IKLAN

Fikry terkejut isteri fail cerai, mereka baik-baik je

Namun, Fikry menyatakan bahawa dia langsung tidak mengetahui tentang tindakan tersebut dan menyangka keadaan rumah tangga mereka masih baik-baik saja.

Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa.

Isteri tampil di mahkamah, Fikry tidak kelihatan

Fikry Ibrahim

Difahamkan, hanya Siti Khalizah dilihat berada di mahkamah dan kelibat Fikry tidak kelihatan langsung sepanjang proses tersebut.

Walaupun diminta untuk mengulas lebih lanjut, Fikry enggan memberikan kenyataan lanjut dan memilih untuk tidak mengulas secara terbuka mengenai isu rumah tangganya itu.

Pssttt! Kalau Fikry pun terkejut apatah lagi netizen kan? Iyalah, baru dua hari lepas upload gambar bercuti di Instagram. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas