Oh! Artis
“Saya Tak Dapat Hak Sebagai Isteri Seadilnya..” – Kisah Lama Diungkit Kembali, Marissa Dania Bersuara
Marissa Dania persoal tindakan madunya membuka kisah lama sedangkan dia sudah meminta maaf.
Isu rumah tangga melibatkan Aslam nampaknya semakin panas apabila kedua-dua isteri kini tampil dengan kenyataan masing-masing.
BACA: “Saya Viralkan Di Twitter Kerana Diminta Oleh Keluarga Pihak Sana” – Isteri Pertama Aslam Bersuara
Selepas pendedahan dibuat oleh isteri pertama, Umisya, kini giliran Marissa Dania pula bersuara dan meluahkan isi hati yang selama ini dipendam.
Marissa akui khilaf, tak ganggu selepas nikah
Menerusi perkongsian di media sosial, Marissa mengakui kesilapan lalu yang berlaku sebelum perkahwinan.

Dia menegaskan bahawa selepas bernikah, dirinya tidak pernah mengganggu atau mencetuskan sebarang provokasi terhadap mana-mana pihak.
Jadi dia merasakan tindakan membuka semula cerita lama adalah tidak patut.
Apa yang lebih menyentuh perhatian, Marissa turut mendakwa dirinya tidak menerima hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya.
Malah saya tidak mendapat hak sebagai seorang isteri seperti yang sepatutnya, seadilnya, dan saya juga tidak menuntut apa-apa mahupun berkata apa-apa.
Walaupun berdepan situasi tersebut, dia memilih untuk berdiam diri tanpa menuntut atau membuka cerita kepada umum.

Dalam masa sama, Marissa turut mempersoalkan tindakan pihak ‘sana’ yang memilih untuk mendedahkan kelemahan orang lain demi meraih sokongan.
Pssttt! Dalam konflik macam ni, memang jelas setiap pihak ada cerita dan luka masing-masing. Tapi bila semuanya dibawa ke media sosial, keadaan hanya jadi lebih rumit. Harap semua pihak dapat cari jalan terbaik secara tertutup demi kebaikan semua, terutama anak-anak yang turut terkesan.
Kredit: Thread Marissa Dania
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM