Oh! Artis

“Saya Tahu Khai Pergi Pulau Celebrate New Year Dengan Siapa” – Ibu Baru Meninggal, Khai Bahar Terima Tuduhan Liar

Published on

Penyanyi terkenal, Khai Bahar terpaksa membuka mulut menjawab tuduhan liar yang dibuat seorang netizen terhadapnya.

BACA: Khai Bahar Rasa Kosong, Berada Di Langkawi Ketika Ibu Hembuskan Nafas Terakhir

Dalam satu hantaran di Instagram, penyanyi ini berkata, dia perlu membalas disebabkan individu itu ada menyebut mengenai ibunya yang baru meninggal dunia.

Individu itu kononnya membuat teguran supaya Khai berhenti bergaul dengan rakan-rakan lelaki yang didakwa suka kaum sejenis.

Teguran untuk Khai Bahar. Arwah mak nak yang terbaik untuk Khai. Saya tahu Khai pergi pulau celebrate new year dengan siapa.

Jawab penyanyi ini, dia ke Pulau Langkawi dengan rakan-rakan kampung yang sudah dikenali bertahun lamanya.

Katanya, dia bukan meraikan new year je tetapi turut menyambut hari jadi dengan rakan-rakan yang sudah dirancang lama.

Jangan sampai menfitnah. Kalau tak boleh bagi aku happy, jangan bagi aku sedih dengan apa yang jadi semua ni. Jangan nak salahkan aku apa yang jadi.

Penyanyi lagu Bayang ini langsung tak ambil ‘port’ dengan semua tuduhan sebelum ini. Tetapi, hatinya sedih apabila ibu tersayang yang baru je meninggal dunia turut dikaitkan.

Khai juga meminta maaf jika pernah menyakiti hati sesiapa. Tetapi dosanya dengan Allah SWT biarlah ditanggungnya sendiri.

Kredit: Instagram Khai Bahar

Exit mobile version