Connect with us

Oh! Media

”Saya Mohon Maaf” – Hariz Hamdan Minta Jangan Kecam Nelydia Senrose Isu Peluk Lengan

ohmedia nelydia senrose hariz hamdan

Oh! Artis

”Saya Mohon Maaf” – Hariz Hamdan Minta Jangan Kecam Nelydia Senrose Isu Peluk Lengan

Video Nelydia peluk lengan Hariz tular, pelakon muda mohon maaf dan beri penjelasan jujur.

Pelakon dan bekas peserta Hero Remaja, Hariz Hamdan akhirnya buka mulut berhubung klip video tular yang memaparkan Nelydia Senrose memeluk lengannya sewaktu menaiki kereta kabel di Pulau Langkawi.

Menurut laporan Oh Bulan, Hariz menjelaskan bahawa video itu dimuat naik bukan untuk mencetuskan kontroversi, tetapi hanya sekadar promosi drama baharu mereka, Seindah Hujan Cinta.

Saya hanya mahu promosi drama. Tak sangka ramai kritik video tu.

“Saya mohon maaf” – Hariz Hamdan

hariz hamdan

Menerusi kenyataannya, Hariz bertanggungjawab sepenuhnya atas kekecohan yang tercetus dan tidak menyalahkan mana-mana pihak, termasuk netizen.

IKLAN

Saya minta maaf jika video itu menimbulkan isu. Tak ada niat pun. Itu sekadar kenangan dengan kawan-kawan dan sebahagian daripada promosi.

Salah tetap salah. Saya akan pastikan perkara macam ni tak berulang. Tolong jangan kecam Nelydia, reaksi dia tu spontan sebab panik.

Situasi berlaku semasa penggambaran

Tambah Hariz, insiden tersebut berlaku semasa penggambaran di puncak Langkawi, dan Nelydia dikatakan gugup ketika berada dalam kereta kabel.

Mungkin masa tu dia panik. Bila panik, kadang-kadang kita tak sedar tindakan kita. Dia peluk lengan saya sebab terkejut. Saya tak salahkan dia langsung.

Hariz turut menegaskan hubungan mereka hanyalah sebagai rakan kerja dan dia menganggap Nelydia seperti seorang kakak.

Saya baru 23 tahun, dia pula 31 tahun. Jadi saya hanya cuba tenangkan dia waktu tu.

Pssttt! Dalam dunia hiburan, segala tindakan mudah jadi perhatian. Sentiasa berhati-hati bila berkongsi di media sosial kerana niat baik pun boleh disalah tafsir.

Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas