Connect with us
pak ya

Oh! Artis

“Saya Menyesal Sebab Masa Mak Saya Ada..” – Pak Ya Sedekah 1 Juzuk Setiap Minggu Buat Arwah Ibu

Pelawak terkenal, Illya Buang menangis saat bercerita mengenai arwah ibunya dalam satu sesi podcast bersama Your Career & Education Platform.

Pak Ya meluahkan rasa menyesal kerana semasa ibunya masih hidup, beliau tidak berkesempatan untuk memberi bantuan yang sebaiknya.

IKLAN
@yegacademy

PESANAN PAK YA KEPADA SEMUA Jangan ketinggalan untuk dengar cerita penuh Pak Yah di YouTube YEG Academy, Borak Kerjaya pada Khamis, 29 Ogos 2024, jam 9 malam. 🎙️ #YEGAcademy #Kerjaya #MutawwifProfesional #SPHU #BelajarTerusKerja #education

♬ original sound – Jom Belajar Terus Kerja | YEG – Jom Belajar Terus Kerja | YEG

Jadi, beliau menebus rasa menyesal tersebut dengan menghadiahkan bacaan 1 juzuk al-Quran setiap minggu.

Sebenarnya inilah yang Allah SWT ada cakap, kalau kita berkhidmat untuk orang tua. Apa saja wang ringgit, apa saja tenaga, Allah balas berlipat ganda. Jadi jangan takut kalau kita keluar duit untuk mak bapak kita.

Tambah pelawak ini lagi, tidak rugi seorang anak berbuat baik kepada ibu bapa kerana Allah SWT akan memberi balasan berlipat kali ganda.

Sekurang-kurangnya kalau kita tak mampu dari segi duit, berdoa baca al-Quran untuk mak.

Selepas ibunya meninggal dunia, Pak Ya akan mencari masa membacakan al-Quran untuk arwah ibunda tercinta kerana itulah khidmat yang seorang anak mampu buat.

Beliau sempat menitipkan pesanan buat anak-anaknya supaya melakukan perkara sama apabila beliau tiada kelak.

Dengan linangan air mata, pelawak yang kini bergelar mutawif berkata itulah amalan yang mampu menyelamatkan anak-anak di dunia dan di akhirat.

pak ya

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @yegacademy


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas