Connect with us

Oh! Media

“Saya Masih Menunggu Jodoh” – Sherry Alhadad Sudah Buka Pintu Hati

sherry alhadad

Oh! Artis

“Saya Masih Menunggu Jodoh” – Sherry Alhadad Sudah Buka Pintu Hati

Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau dikenali sebagai Sherry Alhadad merupakan seorang pelakon, pengacara dan pelawak di Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: (FOTO) Tampil Semakin Slim, Ramai Teruja Dengan Perubahan Sherry Alhadad

Sherry Alhadad yang dulunya pernah mengalami pengalaman pahit apabila bercinta, tidak pernah serik untuk membuka hatinya menerima seseorang yang mahu menjadi teman hidupnya.

Meragui keikhlasan

sherry alhadad

Menurut Berita Harian, Walaupun sentiasa membuka hati untuk menerima seseorang, namun mencari jodoh tidaklah semudah yang disangka. Selebriti tanah air ini harus berwaspada untuk mencari seorang kekasih kerana sentiasa mencurigai keihlasan seseorang yang mahu mengenalinya.

Saya masih menunggu jodoh yang ditakdirkan buat saya. Tidak dinafikan sepanjang pencarian, ada sahaja lelaki yang cuba mendekati. Masalahnya, saya mula meragui keikhlasan apabila mula didekati.

Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran. Apakah lelaki ini menerima saya sebagai Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau memandang Sherry Alhadad, seorang artis popular dan glamor.

Jujurnya, kerana penampilan saya di kaca televisyen (TV) dan di luar sangat berbeza. Perubahan berlaku sebanyak 360 darjah. Jika dalam TV, saya kelihatan cukup keletah dan bergaya, tetapi di luar, saya pemalu dan selekeh.

Sherry bukan mahu meragui keihlasan seseorang itu, namun perasaan paranoid dan sedar akan kekurangan dirinya menjadikan dia semakin berhati-hati dalam menjalinkan hubungan dengan seseorang.

Bukan cuba mempersoalkan keikhlasan lelaki, cuma apabila perasaan ragu-ragu timbul, saya jadi paranoid. Perasaan ini juga membuatkan saya takut dan cuba mengelak untuk menjalinkan hubungan.

Dilabel andalusia

Menerusi laman Berita Harian, Sherry telah dijolok pertanyaan adakah dia bimbang jika dilabelkan sebagai andalusia atau anak dara lanjut usia, Pengacara TV Popular ini mengatakan bahawa fikiran dan tanggapan sebegitu sudah tidak relevan pada zaman ini.

Jika dahulu, mungkin iya, tetapi sekarang apabila balik kampung orang sudah tak tanya bila saya mahu berkahwin. Sebaliknya, mereka mendoakan saya agar segera bertemu jodoh.

Orang sekarang sudah boleh berfikir dan matang. Sejujurnya, saya sendiri tidak pernah takut dengan stigma ini. Bukan saya tidak mahu kahwin, cuma seru jodoh belum sampai.

Lagipun, ibu tidak pernah mendesak untuk berkahwin. Mereka memahami situasi saya.

Sherry tidak risau akan stigma yang diberikan itu. Sherry hanya akan menunggu waktu yang sesuai apabila jodohnya sudah tiba. Walaupun tidak mempunyai teman lelaki, Sherry tidak menggunakan aplikasi mencari jodoh sebagai jalan pintas untuk bertemu jodoh.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas