Connect with us

Oh! Media

“Saya Masih Berharap” – Abby Abadi Terkilan Akaun Instagram Miliknya ‘Ghaib’

Oh! Artis

“Saya Masih Berharap” – Abby Abadi Terkilan Akaun Instagram Miliknya ‘Ghaib’

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Binti Abdul Manan merupakan seorang pelakon serta bekas penyanyi dalam kumpulan Elite yang telah meraih pelbagai kejayaan pada tahun 1990-an.

ADVERTISEMENT

BACA: “Yang Dah Dapat, Desak Tak Pernah Cukup” – Abby Abadi Tutup Wallet Kasih PKP

Selain itu, Abby juga turut dikenali ramai oleh kerana sikap keterbukaannya dalam mewujudkan hubungan baik dengan bekas suaminya, Norman Hakim, seperti sebuah keluarga.

Hal itu jelas dilihat selepas mereka berdua bersama keluarga masing-masing kerap bercuti bersama-sama sekaligus dipuji netizen kerana mengekalkan silaturrahim sesama mereka.

Akaun Instagram kena hacked, Abby Abadi masih berharap

Bagaimanapun, terdapat sebuah kejadian tidak diingini berlaku kepada pelakon itu selepas mendedahkan akaun Instagramnya telah ‘ghaib’ secara tiba-tiba.

Perkara itu diluahkannya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram baharunya selepas gagal mendapatkan akaun lama walaupun telah mencuba pelbagai cara.

Allah Maha Tahu yang terbaik. Terima Kasih suami dan anakku sebab membantu. Terima kasih juga azzaelite.

Menurutnya, dia telah mencuba pelbagai cara termasuklah melalui email, nombor telefon dan sebagainya. Namun masih gagal untuk mengakses akaun lamanya.

Instagram sebelum ini yang menggunapakai akaun @abby_abadi112 hilang dari radar. Sudah cuba mendapatkannya menerusi emel, menerusi nombor telefon, semua gagal.

Walaupun reda akan perkara itu, namun Abby masih menaruh harapan untuk mendapatkan akaunnya semula selain merayu agar sesiapa yang pakar untuk segera membantu.

Aktif di aplikasi TikTok, mohon orang ramai berikan sokongan

Pada masa yang sama, pelakon itu juga turut tidak melepaskan peluang untuk memaklumkan kepada pengikutnya bahawa dia kini turut aktif dalam aplikasi TikTok.

Difahamkan, kehilangan media sosialnya itu telah mempengaruhi sedikit usahanya untuk meraih pendapatan dan mempromosikan perniagaan yang sedang diusahakan.

Sekarang saya juga ada akaun yang aktif di Tik Tok. Mengguna pakai nama abbyabadiofficial ya. Sokonglah saya.

Sokong juga bisnes, baca video tazkirah-tazkirah yang saya kongsikan dengan penuh kasih sayang. Ingatan untuk saya dan yang memerlukan peringatan

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut menitipkan doa kepada Abby agar dipermudahkan segala urusan serta berharap akaun lamanya dapat dikembalikan semula.

Kredit: Instagram Abby Abadi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas