Connect with us

Oh! Media

“Saya Hanya Jadi Diri Sendiri” – Isteri Yonnyboii Jawab Dakwaan ‘Culture Shock’ Lepas Kahwin

Yonnyboii

Oh! Artis

“Saya Hanya Jadi Diri Sendiri” – Isteri Yonnyboii Jawab Dakwaan ‘Culture Shock’ Lepas Kahwin

Isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira didakwa semakin seksi selepas tampil memakai skirt pendek paras paha.

Orang ramai meluahkan rasa terkejut melihat imej itu memandangkan Nik Nazira sebelum ini dikenali sebagai seorang influencer berhijab.

BACA: “Didikan Suami Soleh” – Netizen Pening Lihat Isteri Yonnyboii Makin Seksi

IKLAN

Menerusi laporan Oh!Bulan, Nazira berkata dia hanya menjadi diri sendiri dan itu adalah imejnya sejak dari zaman kolej lagi.

314743836 647742876883775 1557136217151396773 n

Nazira sekaligus menafikan tuduhan sesetengah netizen imejnya berubah sejak berkahwin dengan Yonnyboii. Kata Nazira, netizen yang menghentamnya mungkin tak tahu dan buat tuduhan melulu.

Saya hanya menjadi diri sendiri… mereka yang kecam itu mungkin tak tahu atau tak kenal siapa saya. Imej saya ini bukan sebab kahwin dengan Yonnyboii.

Tapi memang dari dulu, waktu kolej pun saya pakai seperti ini. Bagi saya, apa saja saya buat mesti akan nampak salah di mata netizen.

Sedar penampilannya sering mendapat reaksi negatif netizen, Nazira mengambil jalan untuk tak baca komen supaya hidup lebih gembira.

Isteri yonnyboii

Yonny pun minta saya jangan baca komen. Saya pun tak baca dan kehidupan gembira saja. Jadi, biarlah netizen nak kata apa pun. Mereka kutuk, saya dapat pahala.

Wanita berusia 23 tahun ini bagaimanapun meminta maaf jika ada netizen yang sakit mata melihat imejnya.

Terdahulu, Nik Nazira dilihat tampil dengan imej tak bertudung ketika hadir ke acara Joox Top Music Awards bersama suaminya, Yonnyboii.

Yonnyboii secara ringkas berkata isterinya bertudung secara ‘casually’ dan masih dalam proses untuk bertudung sepenuhnya.

Kredit: Oh!Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas