Connect with us

Oh! Media

“Saya Hantar Adik Angkat” Tauke Jambu Undur Diri Dari Dunia Hiburan

tauke

Oh! Artis

“Saya Hantar Adik Angkat” Tauke Jambu Undur Diri Dari Dunia Hiburan

Susulan daripada tohmahan yang diterima Tauke Jambu berkenaan kes pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks. Pelawak itu khabarnya telah membuat keputusan untuk bersara daripada dunia hiburan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kepada Yang Masih Tak Puas Hati..” – Tauke Jambu Mengaku Ditahan Polis Bantu Siasatan

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria,45, dia berdepan dengan pelbagai cemuhan serta tohmahan sejak ditahan polis untuk membantu siasatan bagi kes tersebut.

Dia yang dihubungi sebuah media memaklumkan bahawa dia kini nekad untuk meninggalkan industri seni terutamanya bidang lawak.

Akibat peristiwa ini saya terpaksa undur diri dalam industri hiburan. Bukan kerana merajuk tapi sebab-sebab lain..saya rasa cukuplah setakat ini.

tauke

Pada awal bulan ini, Tauke tampil mengaku bahawa dia adalah individu yang ditahan pihak berkuasa di sebuah hotel di Kuala Pilah pada 1 Ogos lalu bagi tujuan membantu siasatan.

Walau bagaimanapun, dia menafikan tuduhan telah menjadi bapa ayam atau terbabit dalam aktiviti tidak bermoral tersebut.

Ujarnya lagi, dia pada ketika sedang menghantar kenalan yang merupakan adik angkat perempuannya. Dia turut menolak tuduhan bahawa dia membawa peralatan seks. Tetapi hanyalah buah rambutan dan petai yang dibeli di kawasan berdekatan untuk dibawa pulang kepada isteri di Kuala Lumpur.

Masa itu pihak polis tengah buat pemeriksaan fasal isu sindiket itu. Jadi masa dan tempat yang salah saya lalu kawasan pemeriksaan itu, polis periksa la. Yang saya hantar tu adik angkat, kalau ikut logiknya takkan la adik angkat saya jadi mangsa.

Terdahulu, pihak polis melaporkan seorang pelawak terkenal berusia 40-an ditahan polis bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia untuk tujuan seks. Antara nama yang disebut terlibat dalam kes tersebut adalah Tauke Jambu kerana tularnya salinan laporan polis yang mengaitkan nama pelawak tersebut.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas