Connect with us

Oh! Media

“Saya Dan Jayden Ada Untuk Dia” – Sharnaaz, Amelia Putus Cinta? Ini Kata Noor Nabila

Oh! Artis

“Saya Dan Jayden Ada Untuk Dia” – Sharnaaz, Amelia Putus Cinta? Ini Kata Noor Nabila

Sejak minggu lalu, kecoh diperkatakan di media sosial mengenai hubungan cinta Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie.

ADVERTISEMENT

BACA: “You Deserve Better” – Sayang Macam Anak Sendiri, Netizen Sedih Tengok Amelia Christie ‘Gomol’ Jebat

Mereka dikatakan sudah putus apabila masing-masing unfollow akaun media sosial.

Nabila tak masuk campur

Nabila

Sebagai orang yang rapat, Nabila ditanya mengenai khabar angin itu. Dan ini responnya;

Bab ‘percintaan’ Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk campur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak melawan takdir kan.

Usahawan dan pempengaruh ini bagaimanapun mengharapkan yang terbaik sama ada pasangan itu bersama atau tidak.

Jebat lebihkan Amelia

Amelia

Dia juga selalu beritahu Amelia walau apa yang terjadi dia dan anaknya Jebat Jayden Ahmad akan sentiasa ada untuknya.

Tambahan pula sekarang ni, Jebat akan lebihkan Amelia dan selalu teruja untuk berkongsi semua perkara kepadanya.

Kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri.

Difahamkan, kali pertama Nabila bertemu dengan Amelia sekitar hujung tahun lalu. Ketika itu mereka terbabit dengan sebuah penggambaran produk makanan.

Dah anggap macam adik

Sejak itu mereka contact dan bercuti ke Jepun bersama-sama. Di Jepun, mereka dapat berkenalan dengan lebih rapat.

Nabila nampak keikhlasan Amelia dan suka dengan cara dia melayan orang sekeliling. Amelia juga pandai bawa diri hingga Nabila dah anggap macam adik sendiri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas