Connect with us

Oh! Media

“Saya Anggap Itu Karma” – Datuk Ifa Raziah ‘Sekolahkan’ Pula Datuk Hattan?

ifa raziah

Oh! Artis

“Saya Anggap Itu Karma” – Datuk Ifa Raziah ‘Sekolahkan’ Pula Datuk Hattan?

Nampaknya, Datuk Ifa Raziah turut tidak melepaskan peluang untuk mengulas isu penyanyi, Datuk Hattan yang ketika ini masih dikecam hebat selepas menegur pembaca berita ketika siaran langsung.

ADVERTISEMENT

BACA: Rakan Dakwa Hattan Tak Tahu Ia Siaran Langsung, Astro Awani Ada Bukti Bagi ‘Briefing’

Ifa Raziah berpandangan pembaca berita wanita itu tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya kerana pihak produser juga turut bertanggungjawab.

Pihak produser juga perlu lakukan research

IFA RAZIAH

Tidak boleh nak salahkan pembaca berita kerana soalan-soalan yang disediakan datangnya daripada produser. Semuanya akan dimaklumkan menerusi ear piece yang pembaca itu pakai di telinga mereka.

Saya cakap secara general memandangkan saya juga pernah menjadi pengacara untuk beberapa program selama lapan tahun.

Manusia juga dikatakan tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan Ifa menyatakan pihak produser sepatutnya melakukan research. Sebagai pencara turut perlu alert dengan isu semasa yang berlaku sebelum melakukan temubual.

Ifa Raziah turut ‘sekolahkan’ Datuk Hattan…

Mungkin waktu itu Datuk Hattan sedang bad mood, sebab kita tidak tahu apa situasi di rumahanya masa itu. Mungkin baru bangun tidur, sebab orang bangun tidur kan tengah mamai, baru lepas makan ubat ke.

Bagaimanapun, cara Datuk Hattan menjawab tidak boleh lah begitu, biarpun pembaca itu budak baru. Macam mana pun, keadaan Datuk Hattan mungkin juga sedang bersedih ketika itu.

Walaupun berpangkat Datuk dan orang hebat dalam industri tidak boleh lah macam itu kan, sebab mesti dah dimaklumkan akan disiarkan secara live di tv, kalau rekod boleh edit.  Saya sebagai orang yang melihat insiden itu, ada salah pada kedua-dua pihak.

Dulu Hattan selalu mengata Ifa macam-macam…

Tidak cukup dengan itu, Ifa juga sempat bergurau dengan menyifatkan apa yang berlaku ke atas Hattan ini sebagai karma buatnya.

Saya sebenarnya tak mahu ulas sangat isu pasal orang lain. Tapi saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas