Connect with us

Oh! Media

“Saya Akan Contact Caprice Kenapa Kaitkan Nama Orang Tak Terlibat ” – Neelofa

neelofa dan noor kartini

Oh! Artis

“Saya Akan Contact Caprice Kenapa Kaitkan Nama Orang Tak Terlibat ” – Neelofa

Sejak kebelakangan ini, netizen disapa dengan pelbagai dakwaan dan pendedahan berkaitan misi kemanusiaan di Gaza yang melibatkan Caprice, Ustaz Ebit Lew dan Nadir al-Nuri.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Ebit Lew Tenang Jawab Segala Persoalan Caprice Dan Nadir Al-Nuri

Terbaru, Ebit Lew telah mengadakan siaran langsung bagi menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan kepadanya. Walaubagaimanapun, nama Neelofa serta suami, Muhammad Haris dan ibunya, Noor Kartini juga turut disebut di dalamnya.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ini kerana Caprice pernah mendakwa bahawa pendakwah berkenaan menyerahkan dokumen perancangan ke Gaza seorang diri walhal sepatutnya namanya, Neelofa dan PU Riz turut ada di dalamnya.

Jawab Ebit Lew,

“Wallahi, saya tak pernah jumpa ketiga-tiga nama ini termasuk Caprice, tak pernah berbincang sekali dengan semua orang ini untuk pergi ke Gaza.”

Malah nama Noor Kartini dikaitkan sebagai penyampai hal tersebut, menurut Caprice.

neelofa dan noor kartini

Mungkin terkejut dengan tuduhan tidak berasas berkenaan, Neelofa dilihat menjawab mengenai dakwaan itu menerusi ruangan komen siaran langsung tersebut selain meminta nama ibunya tidak dikaitkan di dalam hal tersebut.

“Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz. Saya akan hubungi Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tidak terlibat. Ini tidak betul. Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas.”

neelofa capriceEbit Lew juga sempat membalas komen selebriti wanita itu dan menjelaskan bahawa dia hanya menyampaikan apa yang diketahuinya.

“Baik Neelofa, boleh tanya Caprice sebab dia muat naik tangkap layar. Saya menjawab kenyataan dia. Saya baik sahaja dengan semua orang.”

Sama-sama kita nantikan kemas kini lanjut mengenai isu ini.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas