Connect with us

Oh! Media

Sambut Hari Bapa Tanpa Bapa, Ismail Leon Mula Persoal “Di Mana Dia? Kenapa Dia Tak Pernah Hubungi Saya?”

ismail leon

Oh! Artis

Sambut Hari Bapa Tanpa Bapa, Ismail Leon Mula Persoal “Di Mana Dia? Kenapa Dia Tak Pernah Hubungi Saya?”

Bekas Ratu Cantik Rusia, Rihana Oksana menceritakan bagaimana dia menjawab soalan yang tidak dijangka dari anaknya Ismail Leon.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Rihana berkata ketika sambutan Hari Bapa baru-baru ini, anaknya telah bertanyakannya tentang sesuatu.

Cerita Rihana, Leon telah bertanyakan kepadanya dimanakah bapanya selama ini dan model itu akui bahawa soalan tersebut membuatkannya tidak selesa untuk menjawab.

Leon sorang jer kanak-kanak bapa tak pernah datang tadika

Jelasnya, dia memang menanti soalan itu daripada mulut anaknya namun pada masa yang sama turut berasa sukar untuk menemukan jawapan.

Kebimbangan utama saya adalah untuk memberikan jawapan yang seimbang kepada Leon kerana hanya dia seorang kanak-kanak di tadika tanpa kehadiran bapa.

Apabila diajukan soalan tersebut, Rihana terus menunjukkan peta di mana lokasi London dan Malaysia serta menjelaskan bahawa bapanya berada jauh dari mereka menyebabkannya tidak dapat hadir.

Dekat sana belum ada 5G, sebab tu bapa tak buat panggilan

Bukan itu sahaja, Leon juga turut bertanya kepada Rihana mengapa bapanya tidak pernah menghubunginya selama ini.

Leon bertanya-tanya kenapa dia tidak menghubungi saya? Saya terpaksa keluar dan memberitahu bahawa telefon tidak diangkat di sana kerana belum ada 5G di sana. Jadi dia tidak boleh menghubungi dalam apa cara sekali pun.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen dari Malaysia yang memberikan respon dan kata-kata semangat buat Leon. Rata-ratanya meluahkan rasa kasihan terhadap kanak-kanak itu kerana membesar tanpa kehadiran seorang insan bergelar bapa.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas