Connect with us

Oh! Media

Salah Seorang Mangsa Da’i Syed Dakwa Hidap Dipresi, Keluar Masuk Wad Psikiatri Sebab Cuba Bunuh Diri?

Ohmedia daisyed2

Oh! Artis

Salah Seorang Mangsa Da’i Syed Dakwa Hidap Dipresi, Keluar Masuk Wad Psikiatri Sebab Cuba Bunuh Diri?

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa perkembangan kes cabul dan melakukan persetubuhan luar tabii melibatkan pendakwah selebriti, Da’i Syed sekarang kan? Kes ini sebenarnya masih dalam perbicaraan.

BACA: Ini Perkembangan Terkini Kes Rogol Melibatkan Pendakwah Selebriti Dai Syed

Persoalan mengenai isu ini timbul selepas netizen melihat Syed masih aktif di media sosial dan bebas melakukan aktiviti harian.

IKLAN

Selain itu, viral pula di Twitter selepas seorang wanita yang merupakan salah seorang mangsa Syed dalam keadaan tidak sihat. Ini apabila dia dikatakan perlu dimasukkan ke wad psikiatri selepas beberapa kali cuba membunuh diri akibat tekanan.

Wanita itu turut berkongsi video di TikTok, satu rakaman laporan berita tentang penahanan Da’i Syed dan berkata apa yang dilakukan tertuduh telah memberi impak yang besar dalam hidupnya.

Selama tiga tahun keluar masuk wad psikiatri, 5 kali sebab cuma membunuh diri. Tapi semakin pulih sebab Allah beri kekuatan yang tidak terduga. – Tulisnya.

Ada pula kritik kata sebarkan aib sendiri?

@chempakasuri97 Reply to @mencaricintamu_83 selama tiga tahun keluar masuk ward psikiatri 5x sbb attempt suicide.. tp getting better sbb Allah beri kekuatan yg tak terduga ❤️ #mddsurvivor #borderlinepersonalitydisorder #posttraumaticstressdisorder #psychosis #anxienty ♬ Conquest of Paradise – Vangelis

Meskipun ramai yang memberikan kata-kata semangat dan bersimpati namun terdapat juga segelintir yang mengkritiknya kerana dikatakan menyebarkan aib sendiri.

Bagaimanapun, menurutnya hanya mereka yang menerima nasib sepertinya sahaja akan dapat faham apa yang dirasakan dan tahu betapa mereka perlukan bantuan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas