Connect with us

Oh! Media

Ini Perkembangan Terkini Kes Rogol Melibatkan Pendakwah Selebriti Dai Syed

ohmedia syed iqmal

Oh! Artis

Ini Perkembangan Terkini Kes Rogol Melibatkan Pendakwah Selebriti Dai Syed

Mungkin masih ada yang mengikuti perkembangan terkini pendakwah selebriti,Syed Shah Iqmal Syed Mohd yang sebelum ini kecoh tentang kes rogol mengaitkan dirinya. Kes rogol itu masih belum selesai dan Mahkamah Sesyen menetapkan perbicaraan kes pada 9 Februari nanti.

BACA: “Saya Perlukan Masa Untuk Ubat Kesedihan Saya”, Syed Shah Iqmal Akhirnya Dibebaskan

Tarikh 9 hingga 14 Februari dan 14 April serta 1 hingga 3 Jun telah diputuskan Hakim Rihaida Rafie dan dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan.

IKLAN

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, P. Reetha turut memohon saksi kes dipanggil antara Jun atau Julai dan jumlah 20 orang saksi sebelum ini telah dikurangkan kepada 12 orang saksi sahaja.

Berikut adalah pertuduhan yang perlu dihadapi Syed

Syed Shah Iqmal didakwa merogol seorang wanita berusia 23 tahun yang juga penganggur di sebuah rumah di Hyde Tower, I-City, Seksyen 7 di sini pada pukul 11.35 malam, 11 September 2019.

Disebabkan itu, Syed didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Ada pertuduhan lain sebelum kes ini

Syed turut didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas