Connect with us

Oh! Media

Saksi Ke-9 Menangis Dan Menyesal Bertukar Gambar Dengan Ebit Lew Tanpa Pengetahuan Suami

Ebit lew gangguan seksual ohmedia

Oh! Artis

Saksi Ke-9 Menangis Dan Menyesal Bertukar Gambar Dengan Ebit Lew Tanpa Pengetahuan Suami

Hari ini, perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew masih diteruskan di mana saksi kesembilan masih memberikan segala keterangan mengenai apa yang berlaku.

BACA: Pengadu Dedah Di Mahkamah Tentang Ebit Lew Ada Hantar Gambar Kemaluan Dan Kata-Kata Lucah

Kali ini, saksi wanita berusia 40-an dan juga mempunyai suami itu mendedahkan kepada Mahkamah Majistret dirinya menyesal memberikan gambar tidak senonoh kepada Ebit Lew.

IKLAN

Saksi menyatakan dia pada awalnya memandang Ebit Lew sebagai seorang yang baik kerana kerja amalnya dan tidak menyangka pendakwah itu sanggup melakukan perbuatan lucah.

Timbalan Pendakwa Raya, Analia Kamaruddin kemudian meminta saksi membacakan kandungan beberapa mesej yang dihantarnya kepada Ebit Lew.

Saya tidak tahu, mungkin kerana saya seorang wanita dan saya tidak biasa melakukan perkara ini. Jadi, saya teragak-agak, tidak selesa dan berasa sangat bersalah. Saya sangat sedih untuk melakukannya.

Saksi turut menyesal kerana tewas dengan paksaan Ebit Lew dan menghantar gambar itu tanpa pengetahuan suami.

Perbicaraan kes akan disambung semula pada 20 hingga 25 Mei depan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas