Connect with us

Oh! Media

Safee Sali Sah Ceraikan Fitria Elfina Dengan Lafaz Talak Dua

safee sali

Oh! Artis

Safee Sali Sah Ceraikan Fitria Elfina Dengan Lafaz Talak Dua

Bekas pemain bola sepak negara, Safee Sali akhirnya melafazkan cerai talak dua ke atas isterinya, Fitria Elfina hari ini.

ADVERTISEMENT

Fitria dalam kenyataannya memaklumkan dia telah menerima dua kali lafaz cerai melalui pesanan suara aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu

Pesanan secara berasingan itu dihantar ke telefon bimbit anak kami kerana telefon saya sudah dirampas.

Lafaz itu adalah ‘saya lepaskan awak dan saya ceraikan awak’ dan ‘sekali lagi saya ikhlas saya ceraikan awak’. Pada waktu itu, saya dalam keadaan suci dan tidak mengandung.

Safee Sali akui lafaz cerai itu dilakukannya dalam keadaan tenang dan berfikiran waras…

Saya ketika itu dalam keadaan tenang dan berfikiran waras tanpa dipengaruhi oleh sesiapa yang memaksa melafazkan talak berkenaan.

Kata-kata perceraian itu dibuat lebih daripada sekali supaya ‘terang’ dan saya turut menghantar pesanan suara itu kepada abang ipar yang juga wali bekas isteri.

Hakim Syarie sahkan lafaz cerai…

Lafaz cerai itu disahkan Hakim Syarie Mohd. Fakhrurrazi Muhammad selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Dua lafaz talak yang dibuat defendan pada pukul 12.57 tengah hari dan 1.01 petang di luar mahkamah sebelum ini adalah sah.

20 April depan akan berlangsung sebutan semula kes tuntutan nusyuz oleh Safee.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas