Connect with us

Oh! Media

Ruhainies Jawab Berita Tersebar Tentang Perkahwinannya Bersama Zul Ariffin

Ohmedia ruhainies zulariffin dakwaan berkahwin

Oh! Artis

Ruhainies Jawab Berita Tersebar Tentang Perkahwinannya Bersama Zul Ariffin

Kalau sebelum ini tular dakwaan palsu Ruhainies bakal bernikah dengan Aliff Aziz, kali ini dia pula dikaitkan dengan aktor Zul Ariffin. Berita palsu itu mendakwa Ruhainies dan Zul sebenarnya sudah berkahwin.

Di Instagram story, Ruhainies memuat naik tangkap layar status sebuah portal yang menyebarkan dakwaan tersebut dengan tajuk sensasi,

Terbongkar akhirnya! Zul Ariffin dan Ruhainies sebenarnya dah kahwin, ini ceritanya…- Tulis portal terbabit.

Ruhainies

Ruhainies tepis fitnah, nasihat netizen bijak menilai

Aktres tersebut menasihati netizen agar tidak mudah tertipu dengan berita sensasi seperti ini yang hanya bertujuan melariskan jualan. Ruhainies turut berseloroh mengenai portal-portal yang kerap membuat tajuk palsu dengan pautan iklan.

IKLAN

Kepada netizen yang saya sayangi, jangan biar mereka yang tak bertanggungjawab gula-gulakan korang okay. Saya tahu korang lebih bijak. Terlalu banyak tajuk palsu, tekan-tekan link Shopee je.- Katanya.

Terhibur dan tak marah…

Ruhainies

Menariknya, Ruhainies mengakui tidak berasa marah sebaliknya terhibur dengan fitnah yang tersebar. Baginya, ia satu perkara lucu yang tidak perlu diambil serius.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia digital, banyak berita palsu yang boleh mempengaruhi emosi kita. Jangan mudah terpedaya, sebaliknya jadilah netizen yang bijak menilai.

Ohmedia ruhainies zulariffin dakwaan berkahwin

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Ruhainies


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas