Connect with us

Oh! Media

Rugi RM2.6 Juta, Floor 88 Buat Laporan Polis

floor 88

Oh! Artis

Rugi RM2.6 Juta, Floor 88 Buat Laporan Polis

Kumpulan Floor88 telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Youtube Jari Hantu kerana dakwaan membuat naik filem berjudul Bas Terakhir Malam Raya secara haram di platform tersebut.

ADVERTISEMENT

Pemain keyboard kumpulan itu, Eric Fuzi berkata syarikat mereka Floor88 Holdings mengalami kerugian mencecah RM2.6 juta susulan filem itu dapat ditonton secara percuma di saluran Youtube.

Menurut Eric, sebanyak 168,000 tontonan berjaya diraih di platform itu sedangkan ia masih lagi belum ditayangkan secara eksklusif di saluran berbayar Astro First.

Kami buat laporan polis sebab filem ini masih lagi ditayangkan di Astro First. Banyak kami lihat berlaku kebocoran di saluran lain tapi yang satu ini ambil masa lama untuk diturunkan selepas aduan dibuat.

Jadi kami mahu mengambil tindakan kerana perbuatan mengulang siar filem tanpa kebenaran telah menyebabkan kerugian besar di pihak kami.

Beberapa anggota Floor88 iaitu Eric, Ayie dan Shah bersama dengan pengarah, Irwan Rauf dan wakil penerbit Studios serta Silentkaiju Studio hadir di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada Rabu bagi membuat laporan berkenaan.

Tambahan, Eric memaklumkan anggaran kerugian dinyatakan berdasarkan jumlah tontonan di saluran Youtube berkenaan.

Malah, Eric juga berkata walaupun mereka sudah melakukan semua prosedur kerja dengan teratur bagi mengelak kebocoran di platform lain kemungkinan ada ‘orang dalam’ yang terlibat dalam kes ini.

Salinan di YouTube berkenaan tidak terdapat logo Astro First. Jadi ada kemungkinan fail yang dimuat naik adalah salinan asal.

Kami tak menolak kemungkinan ada orang dalam turut terlibat. Bagaimanapun kami enggan membuat tuduhan melulu. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan.

Menurut Ayie vokalis Floor 88, berkata tindakan yang mereka ambil dengan membuat laporan polis adalah untuk pengajaran kepada pihak terlibat agar tidak mengambil jalan mudah bagi mengaut keuntungan.

Kami sendiri terkesan dengan is yang berlaku sebab filem ini melibatkan tiga produksi dan terpaksa mengalami kerugian.

Saya harap si pelaku dapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

BACA: (Video) Ayie Floor88 Pengsan Semasa Buat Persembahan Bikin Netizen Cemas!

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas