Connect with us

Oh! Media

Rozita Che Wan Luah Perasaan Kecewa Lihat Tema Busana Atlet Negara

Oh! Artis

Rozita Che Wan Luah Perasaan Kecewa Lihat Tema Busana Atlet Negara

Selepas menyaksikan perbarisan kontinjen Malaysia ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2021, terdapat pelbagai reaksi pro-kontra yang dilemparkan oleh netizen mengenai persalinan yang dikenakan mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Ramai Puji Busana Atlet Negara Cantik, Mereka Rupanya Yang Reka Busana Laksamana Hang Tuah

Merupakan seorang yang tidak gentar untuk berkongsi pendapatnya sendiri, pelakon Rozita Che Wan turut tidak ketinggalan meninggalkan komen terhadap pakaian para atlet tersebut.

Menerusi InstaStory, dia dengan lantang mempersoalkan sama ada pihak bertanggungjawab tidak mempunyai peruntukan mencukupi bagi mendapatkan khidmat fesyen yang lebih baik.

Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai peruntukan atau bajet ke bagi menggunakan khidmat pereka fesyen tempatan untuk mereka pakaian kontinjen negara di acara sukan tersebut?

Che Ta juga mempersoalkan motif corak yang dipilih bagi menghiasi busana dengan gabungan warna kuning dan merah itu.

Sekali lihat, corak pada bahagian kain seperti ulat. Dua kali tengok, macam sarung bantal pula walaupun katanya persis kerusi stadium.

Seperti yang kami maklumkan sebelum ini, busana tersebut direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan ianya bertemakan Laksamana Hang Tuah. Inspirasi warnanya pula diambil daripada empat warna Jalur Gemilang.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas