Connect with us
mimi lana

Oh! Artis

“Rindu Yang Membunuh” – Mimi Lana Kongsi Luahan Hati Buat Ramai Risau

Kenapa ni Mimi Lana, siapa lukakan hati awak ni? Siapa yang ikut rapat perkembangan pelakon Mimi Lana ni mesti tahu yang dia dan Syafiq Kyle batalkan majlis pernikahan di saat akhir.

BACA: Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Masih Kunci Mulut, Pengarah Hospitaliti Pula Tampil Perjelas Perkara Sebenar

IKLAN

Sehingga ke hari ini juga mereka berdua tidak berikan apa-apa kenyataan rasmi tentang punca keputusan itu diambil. Apapun, Mimi di Instagram ada berkongsi satu luahan hati panjang lebar sehingga menarik perhatian peminat.

Dalam hantaran tu, Mimi menyatakan rasa sakit putus cinta itu terasa seperti waktu terhenti ketika menyembunyikan luka yang berada di dalam hati.

Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu berhenti. Hidup di antara ingatan yang lumpuh dan rindu yang membunuh. Di sebalik senyuman yang dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi.

Untuk kesekian kali, magis cinta itu belum dapat dirasa tetapi kasih dan sayang Itu sentiasa ada. Mungkin Kerana yang maha cinta itu tidak ada, yang ada cuma maha pengasih dan penyayang.

Penderitaan manusia juga mulai ketika manusia merasa memiliki. Sakit Itu datangnya dari rasa kita pemilik segalanya. Terus terusan refleksi diri dari terus hanyut tanpa arah .

Semoga hati hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang walaupun cintanya telah pergi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dan juga rakan selebriti mendoakan agar Mimi Lana menemui cinta sejatinya selepas ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas