Connect with us

Oh! Media

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Keith Foo

ohmedia riena diana keith foo

Oh! Artis

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Keith Foo

Riena Diana syukur Keith Foo minat Islam sejak dulu. Tak mahu masuk Islam kerana kahwin semata-mata.

Pelakon cantik, Riena Diana meluahkan rasa syukur apabila kekasih hatinya, Keith Foo yang juga seorang pelakon popular menunjukkan minat untuk mendalami agama Islam sejak sekian lama.

Menurut laporan Berita Harian, Riena menegaskan bahawa dia tidak mahu Keith memeluk Islam hanya kerana perkahwinan, sebaliknya mahu kekasihnya itu mengenal dan memahami Islam secara ikhlas.

Saya tak mahu hari ini peluk Islam, esok kahwin. Saya mahu dia belajar dan kenal agama ini lebih dekat. Saya anggap ini perjalanan yang penting dan ikhlas.

Riena Diana dah pilih nama Islam untuk Keith Foo!

riena diana keith foo

Lebih menarik, Reina turut mendedahkan bahawa dia sudah memilih nama Islam untuk Keith Foo, namun masih belum bersedia untuk mengumumkannya kepada umum.

IKLAN

Saya sudah pilih nama Islam untuk Keith. Tetapi, kami belum sedia umumkan lagi.

Keith dah belajar doa harian dan ilmu asas Islam

riena diana keith foo

Bukan tu jer, Keith juga mengakui dia telah mula belajar doa-doa harian dan asas agama Islam bersama Reina sejak sekian lama. 

Katanya, minat terhadap Islam bukan perkara baharu baginya.

Riena banyak bantu saya, ajar doa makan dan perkara asas lain. Saya sudah lama baca dan cuba faham mengenai agama Islam, bukan baru sekarang.

Pssttt! Perjalanan ke arah mengenal agama perlukan keikhlasan, bukan paksaan. Semoga niat yang baik disusuli dengan bimbingan yang betul dan penuh hikmah.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas