Connect with us
ameera khan

Oh! Artis

“Rezekinya Yang Luar Biasa Dan Istimewa” – Ameera Khan Berdoa Agar Dijodohkan Dengan Lelaki Beriman Dan Pemurah

Pempengaruh, Ameera Khan yang juga merupakan adik kepada Neelofa menitipkan doa berkaitan jodohnya ketika berada di perkarangan Masjid Nabawi, Mekah bersama ibu tercinta, Datin Noor Kartini serta ahli keluarga lain.

Menerusi video yang dimuat naik ibunya, Ameera dilihat meninggalkan komen dan mendoakan agar dirinya dipertemukan dengan lelaki yang beriman dan soleh.

IKLAN

Ameera Khan

Ujar Ameera, dia juga menginginkan calon suami yang mempunyai keperibadian mulia dan dapat menyayangi dirinya sepenuh hati.

Doakan baby dapat jodoh yang beriman, yang hatinya putih, bersih, baik, lembut dan bercahaya. Rezekinya yang luar biasa dan istimewa, orangnya pemurah, beradab dan penyayang, dimulia dan dihormati oleh orang-orang sekelilingnya.

Dan yang paling penting yang sayang baby lebih pada baby sayang dia.

Malah, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan berharap agar jodohnya dapat menghormati ibu bapa dan keluarganya serta akan setia hingga akhir hayat.

Hormat baby, mama, daddy dan seluruh keluarga, setia dengan baby sampai jannah. Amin.

BACA: “Dua-Dua Sweet”, Meerqeen Dan Ameera Khan Dilihat Mesra Bersama, Netizen Pula Setuju Jika Mereka Bercinta

Terdahulu, pempengaruh Ameera Khan pernah dikatakan sedang mengenali rapat pelakon sensasi baharu, Meerqeen.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas