Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Kantoi Hisap Vape? Kawan Baik Jelaskan Perkara Sebenar

puteri sarah vape

Oh! Artis

Puteri Sarah Kantoi Hisap Vape? Kawan Baik Jelaskan Perkara Sebenar

Peminat Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kecewa dan terkejut mendakwa selebriti itu menghisap sesuatu seperti rokok elektronik (vape) ketika bersiaran langsung di TikTok.

ADVERTISEMENT

BACA: Datin Patimah Muat Naik IG Story Mengenai Puteri Sarah Undang Perhatian Netizen

Netizen yang mengikuti sesi live tersebut meminta selebriti itu memberi penjelasan dan mengakhiri tanda tanya yang bermain di fikiran mereka.

puteri sarah
Kredit: Youtube Selebriti Malaysia

Tapi, nampaknya vape tersebut adalah kepunyaan pembantu peribadi Sarah yang dikenali sebagai Acu. Acu mengaku dia seorang perokok tegar dan kini cuba untuk berhenti rokok dengan menghisap vape.

Vape yang dilihat dalam video dibeli Acu ketika berada di Jakarta dan kandungannya adalah tanpa nikotin.

Acu mengaku silap dan meminta maaf kerana menghulurkan vape tersebut kepada Puteri Sarah ketika selebriti itu sedang rancak berbual mengenai isu pecah amanah.

@_norainibasre_ Membalas kepada @suria.mentari #puterisarahliyana #andiarsyil #norainibasre #norainibasreshop #binafshasweet #beritatiktok #gossip #lumier #cleansingbalm ♬ bunyi asal – Noraini Basre

Rakan baik Puteri Sarah yang sudah berkawan lebih 5 tahun turut tampil mempertahankan Puteri Sarah. Katanya, sudah tentu dia akan menegur jika selebriti itu ada melakukan perkara tidak baik.

@_norainibasre_ Membalas kepada @nita4001 #lumier #andiarsyil #cleansingbalm #binafshasweet #beritatiktok #norainibasreshop #norainibasre #puterisarahliyana #gossip ♬ bunyi asal – Noraini Basre

Sepanjang berkawan, dia tak pernah lihat Puteri Sarah hisap vape seperti yang berlaku di sesi live kelmarin.

Katanya, dia dan Puteri Sarah kerap outstation, bercuti, menunaikan umrah dan sebagainya bersama. Sepanjang tempoh itu, tak pernah pula dia melihat Sarah menghisap rokok atau vape.

Dia percaya pelakon itu hanya bergurau dengan pembantu peribadinya. Dia turut meyakinkan netizen bahawa dakwaan yang tersebar adalah tidak benar dan satu kesilapan.

Kredit: Youtube Selebriti Malaysia | TikTok Noraini Basre

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas