Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Hantar Notis Peguam Khas Buat Ahli Keluarga Ira Kazar

Puteri sarah ohmedia

Oh! Artis

Puteri Sarah Hantar Notis Peguam Khas Buat Ahli Keluarga Ira Kazar

Isu antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan Ira Kazar pasti nampaknya masih belum ada penamatnya. Permasalahan antara mereka bagaimanapun sudahpun menjadi kes mahkamah dan semua pihak yang terlibat hanya boleh bersuara di dalam mahkamah.

BACA: Didakwa Menyokong Anak Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah, Kazar Dikecam Netizen

Image 65

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang ahli keluarga Ira Kazar dilihat memberikan kenyataan berkaitan itu ini di media sosial dan Puteri Sarah mendakwa mereka telah melanggar perintah injuksi interim yang diserahkan kepada pihak defendan pada 28 Jun lepas.

IKLAN

Keluarga defendan tak boleh sebut nama Puteri Sarah

Ada ahli keluarga defendan melanggar perintah injuksi. Jadi, kes ini diserahkan kepada peguam. Sepatutnya, pihak defendan tidak boleh mengeluarkan kenyataan atau menyebut nama saya dalam media sosial. Itu tidak sepatutnya berlaku.

Sarah turut mengakui dia sebenarnya mahu mengabaikan perkara ini tetapi atas perkongsian dari netizen, dia hanya menyerahkan semuanya kepada peguam untuk melihat sama ada melanggar injuki atau tidak.

Peguam mengesahkan ia melanggar dan surat peguam sudah diserahkan kepada individu berkenaan, semalam.

Mungkin korang tahu siapa yang keluarkan kenyataan sebelum ini sehingga menarik perhatian netizen. Apapun, kita serahkan je pada pihak mahkamah untuk selesaikan isu mereka ni.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas