Oh! Artis
Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Kekal Baik Demi Anak-Anak, Ini Tips Co-Parenting Mereka!
Pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia dan bekas suaminya, Syamsul Yusof memilih untuk mengekalkan hubungan baik demi anak-anak mereka.
Menurut laporan Oh Bulan, mereka tiada masalah langsung untuk membesarkan anak-anak bersama secara harmoni.
Kami berkawan baik untuk anak-anak sebab kami mahu mereka gembira.
Tambahnya lagi, mereka tiada masalah langsung untuk membesarkan anak-anak bersama secara harmoni.
Syamsul Yusof tetap ambil peranan walau sibuk

Meskipun sibuk dengan komitmen kerja, Syamsul tetap menunjukkan tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Walaupun dia sibuk namun dia tetap bertemu dengan mereka.
Bahkan, ibu bapa mentua Puteri Sarah turut memainkan peranan penting dalam kehidupan cucu-cucu mereka.
Ini rahsia co-parenting Puteri Sarah

Dalam kesempatan itu, Puteri Sarah turut berkongsi rahsia untuk mengekalkan hubungan baik selepas perceraian.
Buang dendam, jangan bermusuh dan kekalkan hubungan yang baik demi anak-anak.
Lepaskan sahaja semuanya, sibukkan diri dan bergembiralah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM