Oh! Artis
PU Riz Akhirnya Menang Kes Saman Selepas Lapan Tahun
PU Riz menang saman selepas duit jualan Toyota Vellfire miliknya dilarikan. Syarikat setuju bayar RM60,000.
Selepas hampir lapan tahun menanti keadilan, akhirnya Pendakwah Bebas, PU Riz atau nama sebenarnya Harris Ismail menarik nafas lega apabila kes saman terhadap sebuah syarikat jual beli kenderaan berjaya diselesaikan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Kes itu membabitkan isu wang jualan sebuah kereta Toyota Vellfire miliknya yang telah dilarikan oleh kakitangan syarikat terbabit.
Duit RM80,000 lesap lepas jual Vellfire…

Kejadian berlaku pada tahun 2016 apabila PU Riz menjual Toyota Vellfire miliknya kepada sebuah syarikat dengan harga RM180,000. Selepas ditolak baki bayaran bank sebanyak RM100,000, sepatutnya baki RM80,000 perlu diserahkan kepada beliau.
Namun, wang tersebut telah dilarikan oleh seorang pekerja syarikat berkenaan meskipun resit pembayaran telah dikeluarkan.
Saya nekad memfailkan kes ini di mahkamah dan Alhamdulillah kes ini berjaya diselesaikan secara baik.- Ujar PU Riz kepada mStar.
Syarikat setuju bayar RM60,000 dalam tempoh tiga bulan…

Hasil perbincangan dengan wakil guaman, syarikat terbabit bersetuju untuk membuat bayaran penyelesaian sebanyak RM60,000 dalam tempoh tiga bulan sebagai ganti rugi terhadap wang yang dilarikan.
Mahkamah kemudian mendengar dan bersetuju untuk pihak defendan bayar semula duit yang dilarikan wakil syarikat itu.
Pastikan anda berurusan dengan pihak yang betul dan menyemak segala dokumen yang diberikan sebelum tanda tangan… sekarang ini kes penipuan semakin berleluasa.- Katanya.
PU Riz turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika melakukan sebarang urusan jual beli agar tidak menjadi mangsa seperti dirinya.
Pssttt! Tak sangka urusan jual beli kereta yang nampak mudah boleh bertukar jadi mimpi ngeri selama lapan tahun. Mujur PU Riz berani ambil tindakan dan akhirnya keadilan berpihak kepadanya. Jadi, ini pengajaran buat kita semua, sentiasa teliti dan jangan mudah percaya walau urusan nampak rasmi!
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM