Connect with us

Oh! Media

Portal Badminton Indonesia Dakwa Chong Wei Pemain Terkaya Di Dunia Dan Kaut RM329 Juta, Apa Kata Datuk?

lee chong wei

Oh! Artis

Portal Badminton Indonesia Dakwa Chong Wei Pemain Terkaya Di Dunia Dan Kaut RM329 Juta, Apa Kata Datuk?

Baru-baru ini tersebar satu video dari portal badminton Indonesia, Main Raket yang mendakwa Datuk Lee Chong Wei sebagai pemain badminton terkaya di dunia dengan jumlah pendapatan sebanyak RM329 juta.

ADVERTISEMENT

Beberapa nama besar lain dalam sukan ini turut disenaraikan tetapi tiada yang dapat mengatasi jaguh badminton negara di mana Lin Dan dan Chen Long turut berada di bawah.

Apa pula kata Chong Wei? Betul ke dapat sebanyak tu?

Tidak mendiamkan diri, Chong Wei menafikan dakwaan dan data yang dikeluarkan portal terbabit. Beliau beranggapan senarai yang dikeluarkan portal tu hanya taktik untuk menaikkan rating atau jumlah pengikut portal terbabit tanpa menyatakan fakta sebenar.

Itu semua palsu. Kalau betul cuba keluarkan satu kenyataan dan nyatakan bagaimana pengiraan yang dibuat. Jangan main keluarkan sahaja. Kalau mahu cari pengikut atau data jangan guna cara ini, ia sangat tak bagus.

Chong Wei juga meminta agar pihak terbabit menyatakan secara terperinci dari mana datangnya jumlah wang yang dilaporkan. Ini kerana, siapapun boleh menyatakan jumlah yang besar tetapi tidak secara terperinci.

Jumlah hadiah wang tunai yang diterima tidak sebanyak itu..

Memang betul setiap kali kejohanan yang saya sertai itu ada hadiah wang tunai yang diberikan. Tapi jumlah saya terima tak sampai pun tahap seperti dinyatakan mereka itu.

Semua ini tak betul, kalau ianya betul saya tak akan nafikan semua itu. Saya pun akan gembira dengan apa yang saya dapat.

Datuk Lee Chong Wei pun dah jawab berkenaan isu ini. Jadi, jangan cepat percaya perkara yang tersebar sebelum mendapatkan kesahihan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas