Connect with us

Oh! Media

Polis Sahkan Tiada Keperluan Panggil Semula Caprice

Oh! Artis

Polis Sahkan Tiada Keperluan Panggil Semula Caprice

Julai lalu, pendakwah terkenal, Ebit Lew hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin.

ADVERTISEMENT

Sehubungan dengan itu, polis telah mendapatkan keterangan daripada selebriti Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman untuk membantu siasatan.

BACA: Ini Respon Caprice Bila Polis Minta Bantuan Interpol Kesan Dirinya

Terbaru, Harian Metro melaporkan pihak polis tidak mempunyai sebarang keperluan untuk memanggil semula selebriti tersebut selepas dia pulang ke tanah air.

caprice

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, siasatan terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli sudah pun lengkap.

Saya dimaklumkan Caprice baru pulang ke Malaysia tapi kita (polis) tidak perlu panggil dia untuk rakam keterangan kerana sebelum ini, kita sudah emel soalan yang perlu dijawab.

Katanya, Caprice telah menjawab semua soalan yang diberikan secara emel jadi dia tidak perlu lagi memberi keterangan secara bersemuka kecuali jika ada arahan selanjutnya.

Jelasnya lagi, kertas siasatan tersebut sudah dirujuk ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk penelitian kerana ia membabitkan kes berprofil tinggi.

Kini, pihaknya sedang menunggu arahan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas