Connect with us

Oh! Media

Polis Kongsi Keadaan Terkini CEO Batu, Disambung Reman Lagi

Ohmedia ceo batu polis

Oh! Artis

Polis Kongsi Keadaan Terkini CEO Batu, Disambung Reman Lagi

Perkembangan kes melibatkan pempengaruh media sosial dikenali sebagai CEO Batu disambung reman. Ini selepas didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia hanya 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan suspek lelaki berusia 22 tahun itu disambung reman sehari lagi sehingga esok.

Suspek sebelum ini direman empat hari dari 23 Mei sehingga 26 Mei. Jadi polis mohon sambung reman dan dibenarkan sehari.

Kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan selanjutnya.

IKLAN

Mesej lucah dan imej tidak senonoh sejak awal Mei…

Ceo Batu

CEO Batu sebelum ini ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis mengenai kelakuan tidak senonoh suspek terhadap anaknya.

Siasatan awal mendapati suspek menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei lalu.- Kata Noor Ariffin.

Menurut pihak polis, kes ini disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman berat.

Pssttt! Bila remaja bawah umur jadi sasaran nafsu songsang individu yang punya pengaruh, ini bukan hal kecil. Kita harap siasatan dijalankan seadilnya dan jika benar bersalah, biarlah undang-undang beri pengajaran setimpal. Lindungi anak-anak kita daripada jadi mangsa seterusnya.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas