Connect with us

Oh! Media

Polis Indonesia Sahkan Youtuber Ammar Nazhan Reka Cerita Kes Rakan Hilang Dalam Hutan

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Polis Indonesia Sahkan Youtuber Ammar Nazhan Reka Cerita Kes Rakan Hilang Dalam Hutan

Youtuber, Ammar Nazhan sebentar tadi menafikan dakwaan telah menipu atau reka cerita berkaitan kes kehilangan salah seorang rakan mereka di sebuah hutan di Bandung, Indonesia.

Terkini, memetik laporan KumparanNews, polis Indonesia mengesahkan bahawa kejadian tersebut hanyalah cerita palsu yang direka semata-mata untuk menarik perhatian dan meningkatkan jumlah tontonan serta pengikut di media sosial.

Ammar dan rakan-rakan didakwa buat cerita palsu demi viral…

Fcd45814 9db6 4150 9bb3 6ae4a37c9621

Hasil siasatan polis, Ammar telah mereka cerita bahawa rakan mereka, Eykaa, hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal di Bukit Embah Garut.

IKLAN

Mereka melakukan siaran langsung menerusi TikTok pada Ahad lalu dan sengaja menjadikannya satu cerita sensasi untuk menarik perhatian netizen.

Keterangan Ammar menjelaskan mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung dengan cerita sensasi pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal.

Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.- Ujar polis.

Namun, mereka tidak menyedari bahawa Indonesia mempunyai undang-undang ketat terhadap penyebaran berita palsu.

Malah, kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa, walaupun dikatakan telah mendapatkan kebenaran daripada pengurus wilayah setempat.

Perlu buat pengakuan dan permohonan maaf…

Ammar Nazhan

BACA: Caprice Berjaya Bongkar Berita Influencer Hilang Di Indonesia Hanya Rekaan

Selepas didapati bersalah menyebarkan maklumat palsu, Ammar terpaksa meminta maaf kepada pihak polis. Mereka juga menandatangani kenyataan bertulis serta membuat video pengakuan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan tersebut lagi.

Bagaimanapun, insiden ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang kecewa dengan tindakan mereka menggunakan cerita palsu semata-mata untuk meraih populariti.

#ApaKataOhmedia

Demi kandungan viral, sesetengah individu sanggup mereka cerita yang tidak benar tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Ingat, di era digital ini, penyebaran berita palsu bukan sahaja boleh mencemarkan reputasi seseorang, malah boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jadi, sebelum menghasilkan kandungan, pastikan ia berlandaskan fakta dan tidak mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas