Oh! Artis
“Please La Jijik” – Janna Nick Naik Hantu, Marah Pihak Pertikai Wanita Sertai Misi GSF
Janna Nick tidak boleh hidup dengan golongan T20 tetapi bodoh sombong isu perjuangan Palestin.
Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick, mencetuskan perhatian ramai apabila memuat naik kenyataan lantang di Threads menegur pihak yang mempertikai penyertaan aktivis wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Dalam hantaran tersebut, Janna meluahkan rasa marah terhadap individu yang memperlekeh perjuangan para aktivis wanita yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi membantu rakyat Palestin.
Luahan Janna Nick di Threads
View on Threads
Tambah Janna lagi, jika seseorang tidak mampu melakukan kebaikan, jangan pula mempertikai usaha orang lain, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dalam misi berisiko tinggi seperti ini.
Kau ingat dorang live dekat TikTok tu seronok-seronok ke? Kalau dulu ada makcik cakap tak boleh duduk dengan orang B40, hari ni I nak cakap, I tak boleh duduk dengan orang T20 tapi bod*h sombong. Please la, jijik!
Hantaran itu segera menjadi bualan ramai apabila ada yang mengaitkan kenyataannya dengan pereka fesyen terkenal, Rizalman, susulan pandangan yang pernah beliau lontarkan mengenai isu serupa.
Pssttt! Teguran Janna mungkin kedengaran keras, tapi mesejnya jelas. Jangan mudah menghukum orang yang berjuang atas dasar kemanusiaan. Kadang-kadang, keikhlasan seseorang lebih besar daripada pandangan sempit segelintir pihak.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.