
Oh! Artis
“Pihak Pengurusan Saya Yang Aturkan” – Bella Astillah Mohon Maaf Promosi Jenama Boikot
Bella Astillah mohon maaf isu promosi jenama boikot dan jelaskan dia faham kemarahan rakyat Malaysia terhadap Israel.
Selepas menerima kecaman hebat daripada netizen, pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil menjelaskan situasi sebenar serta memohon maaf kepada rakyat Malaysia.
BACA: “My Silence Was Never Neutrality” – Dikecam Kerana ‘Promote’ Jenama Boikot, Ameera Khan Bersuara
Lapor Kosmo!, isu ini timbul selepas dia didakwa mempromosikan jenama yang termasuk dalam senarai boikot, ketika ramai sedang marah dengan kekejaman Israel.
Bella faham kemarahan rakyat

Menurut Bella, dia memahami sepenuhnya perasaan rakyat Malaysia yang kini sedang membuak-buak dengan kemarahan terhadap isu Palestin.
Jadi Bella tidak menyalahkan netizen jika turut menerima tempias kemarahan kerana bekerjasama dengan jenama boikot.
Aturan promosi dari pihak pengurusan
Namun Bella berkata, dia juga turut terkesan dengan tragedi yang berlaku, lebih-lebih lagi apabila rakan rapatnya seperti Zizi Kirana dan Heliza Helmi turut terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Bella menjelaskan bahawa semua kerja promosi jenama sebenarnya telah diuruskan oleh pihak pengurusannya.
Sebagai manusia biasa, saya mohon maaf. Mungkin saya ada banyak kekurangan dan salah silap. Saya akan sentiasa memperbaiki diri.
Memang pihak pengurusan saya yang aturkan. Tetapi saya sudah pun berbincang dengan mereka untuk menangguhkan hantaran dalam media sosial buat sementara waktu dan mereka faham.
Dalam masa sama, Bella menegaskan bahawa dia tidak pernah berhenti menunjukkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin di media sosial meskipun terikat dengan kontrak.
Pssttt! Kadang kala, selebriti seperti Bella berada dalam situasi sukar apabila tindakan mereka mudah disalah tafsir oleh masyarakat. Namun, keberaniannya tampil memohon maaf dan menjelaskan keadaan menunjukkan keikhlasan.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
