Connect with us

Oh! Media

Petugas PPV Ketar Tangan Cucuk Lengan Norman Hakim

norman hakim

Oh! Artis

Petugas PPV Ketar Tangan Cucuk Lengan Norman Hakim

Siapa tidak kenal dengan pelakon lelaki popular idaman gadis malaya, Norman Hakim. Walaupun sudah berusia 45 tahun, Norman nampak lebih macho dan sado. Orang kata lelaki ni semakin tua semakin mengancam, kah!

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Isteri Ditangkap Polis Sebab Bangga ‘Makan Angin’ Walaupun Belum Vaksin

Bekas Hero Remaja 1993/94 yang terkenal dengan watak Inspektor Harris dalam Gerak Khas ini turut berkongsi detik-detik dirinya mendapat suntikan vaksin yang kedua. Dia yang hadir di PPV, PWTC itu mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang sanggup bertugas pada Hari Kebangsaan.

Norman Hakim kongsi perjalanan dapatkan suntikan vaksin dos kedua

Segak bersampin dan cantik berkebaya masing-masing sempena Hari Kemerdekaan hari ini. Semua bersemangat dan sangat profesional, efisien dalam melaksanakan tugas masing-masing. – Tulisnya.

Petugas kesihatan ketar tangan cucuk Norman?

Norman yang kongsikan pengalaman itu dalam satu video di Instagram telah menarik perhatian apabila petugas kesihatan yang menyuntik vaksin turut memberikan komen. Petugas itu dikenali sebagai @feenazsalleh dan mengakui tangannya menggigil sewaktu menyuntik lengan Norman yang berotot.

Saya yang cucuk tadi, ketar tangan. – Tulisnya.

Norman yang menerima vaksin jenis Astra Zaneca itu turut diusik netizen dengan komen nakal seperti risau jarum patah kerana otot lengannya yang besar.

Jadi macam mana pula dengan kita? Korang sudah terima vaksin? Kalau belum, daftar sekarang dan dapatkan vaksin segera kerana ia tanggungjawab kita bersama. #kitajagakita

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas