Connect with us

Oh! Media

Pernah Bergelar Isteri Kedua, Shikin Maembong Kongsi Pahit Kehidupan Bermadu

Oh! Artis

Pernah Bergelar Isteri Kedua, Shikin Maembong Kongsi Pahit Kehidupan Bermadu

Baru-baru ini kakak kepada Emma Maembong, Shikin Maembong telah berkongsi kepahitan hidup bermadu kerana pernah bergelar sebagai isteri kedua pada perkahwinannya sebelum ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Nak Simpan Marah, Benci Dan Berdendam Pun Takkan Ke Mana” – Chef Wan Dan Shikin Maembong Sudah Berdamai

Shikin memberitahu bahawa kehidupan bermadu adalah tidak mudah dan sebagai isteri kedua, dirinya banyak bersabar dan sering beralah kerana kedudukannya.

Tidak mudah

Shikin Maembong - Oh! Media

Menurut Shikin, perkahwinannya itu berlangsung pada Mac 2020 dan telah mendapat keizinan daripada isteri pertama meskipun dirinya sedar bukan mudah madunya untuk menerima hakikat.

Pada awal perkahwinan saya banyak memohon maaf kepada madu kerana faham hati seorang perempuan. Bila kita berlembut dengannya, Insya-Allah lama-kelamaan mereka boleh terima kehadiran kita. Saya juga merendahkan ego kerana sedar isteri pertama lebih berhak terhadap suaminya.

Shikin juga menambah bahawa kehidupan sebagai isteri kedua adalah tidak mudah dan mempunyai cabarannya tersendiri.

Kadang-kadang kalau memang giliran kita tetapi isteri pertama ada hal ke apa, saya memang perlu mengalah. Kita tak boleh sentiasa terikat dengan suami sehingga sakit pun seorang diri.

Walau bagaimanapun, jodohnya bersama bekas suami tidak panjang dan mereka telah berpisah selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun. Namun, Shikin berkata perpisahan mereka adalah cara yang baik dan dirinya mendoakan kebahagian buat bekas suaminya bersama isteri pertama.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas