Connect with us

Oh! Media

Permohonan Tukar Status Kepada Dilepaskan Dan Dibebaskan Ditolak Mahkamah Majistret

neelofa

Oh! Artis

Permohonan Tukar Status Kepada Dilepaskan Dan Dibebaskan Ditolak Mahkamah Majistret

Nampaknya, pasangan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail tetap akan dilepaskan tanpa dibebaskan. Perkara ini diputuskan oleh Mahkamah Majistret hari ini di atas pertuduhan melanggar SOP PKPB di sebuah kedai karpet di Nilai pada Mei lalu.

ADVERTISEMENT

Keputusan itu dilakukan oleh Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan sepanjang prosiding berlangsung.

Pihak pembelaan yang diketuai peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini memohon untuk status anak guamnya ditukar kepada dilepas dan dibebaskan. Bagaimanapun, Mahkamah Majistret tidak menolak permohonan tersebut dan mengekalkan status asal.

Tiga set kompaun masing-masing berjumlah RM10,000 telah dibayar pada 10 Disember

Kes ini dianggap selesai kerana tiada sebutan semula selain kompaun sudah dibayar dan pihak pendakwaan sendiri menawarkan kompaun. – Kata Muhammad Shafee.

Setakat ini mereka berdua masih akan berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas