Connect with us

Oh! Media

Permohonan Pulang Ke Singapura Ditolak, M.Nasir Reda Pemergian Bapa Pagi Tadi

Oh! Artis

Permohonan Pulang Ke Singapura Ditolak, M.Nasir Reda Pemergian Bapa Pagi Tadi

Penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M.Nasir telah memaklumkan dia mendapat berita pemergian bapa tercinta pada jam 7.30 pagi tadi.

ADVERTISEMENT

Bapanya, Mohamed Sam meninggal dunia pada usia 96 tahun di Singapura akibat sakit tua dan membuatkan M.Nasir terkilan kerana tidak dapat pulang untuk berikan penghormatan terakhir kepada bapanya.

Menurut isteri M.Nasir, Datin Marlia Musa mereka sekeluarga hanya mampu reda dan berdoa dari jauh untuk Allayarham bapa berikutan pandemik yang sedang melanda negara.

Kami sudah berusaha membuat permohonan untuk pulang ke Singapura, namun, pihak berkuasa tidak mengizinkan akibat COVID-19. Abang (M. Nasir) juga reda dan akur bahawa keadaan semasa benar-benar tidak mengizinkan.

Sepanjang setahun ini, kami hanya berbual, bertanya khabar menerusi panggilan telefon dan video untuk melepaskan rindu. – Katanya.

Di Singapura adik-beradik M.Nasir seramai lapan orang akan menguruskan jenazah. Salam takziah dari kami di Ohmedia buat M.Nasir sekeluarga.

Kredit: @cik_mmusa

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas