Connect with us

Oh! Media

Perkongsian Datin Patimah Dan Puteri Sarah Ketika Beraya Undang Perhatian Ramai

Datin Patimah Puteri Sarah

Oh! Artis

Perkongsian Datin Patimah Dan Puteri Sarah Ketika Beraya Undang Perhatian Ramai

Walaupun pelakon, Puteri Sarah Liyana sudah bercerai dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof, dia tetap menjalinkan hubungan baik dengan keluarga mertuanya itu, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

ADVERTISEMENT

BACAPerkongsian Terbaru Datin Patimah Undang Perhatian Ramai

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sarah memuat naik hantaran menunjukkan dirinya bersama anak-anak datang beraya ke rumah mertuanya itu pada hari raya kedua.

Puteri Sarah

Bukan tu jer, kalau korang tengok video itu nampaklah ibu kepada Syamsul Yusof itu menitiskan air mata ketika memeluk Sarah dan cucu-cucunya telah mengundang sebak ramai.

Sayang mama dan papa dunia akhirat.

Terima kasih selama ni menjaga Sarah dan anak-anak serta sayang saya seperti anak sendiri.

Datin Patimah juga ada berkongsi satu hantaran di Instagram miliknya dan berkata hubungannya dengan Puteri Sarah tidak akan terputus walaupun pelakon itu dengan anaknya sudah berpisah.

Datin Patimah

Menantu dan besan sehingga akhir hayat kami.

Anak tetap sayang, sokongan kami sepenuhnya untuk Puteri Sarah dan anak-anak.

Sarah dan cucu-cucu sentiasa dalam doa mama, semoga dilindungi Allah SWT walau dimana berada.

Semoga hubungan mereka kekal sebegini sampai bila-bila. Seronok tengok!

Kredit: Instagram Puteri Sarah dan Datin Patimah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas