Pelakon jelita Diana Danielle baru-baru ini memaklumkan dia dan suami, Farid Kamil masih belum mendaftarkan pengesahan rujuk di mahkamah sejak 31 Ogos lalu.
Difahamkan, perkara (tindakan merujuk di mahkamah) tidak mengubah apa-apa mengenai hubungannya dengan Farid kerana sudah kembali bersama.
So, Whats the point? Perkara itu tidak penting sebab kami sudah secara rasmi rujuk.
Kami sudah rujuk secara rasmi dan tukar di atas kertas pun tidak mengubah apa-apa pun. Bukannya kami tak mahu failkan di mahkamah tapi itu semuanya untuk secara rasmi sahaja.
Menurut Diana, dia berpendapat pengesahan rujuk itu tidak penting dan mereka bersedia untuk hadir ke mahkamah dalam tempoh terdekat.
Nanti kalau sudah bersedia, kami akan lakukan. Lainlah kalau sebelum ini saya cakap tak pernah jadi (rujuk), maka akan berlaku konflik di situ.
Semua orang pun sudah tahu kami telah rujuk malah secara hukum Islam, kami tak melanggar apa-apa. Cuma secara undang-undang sahaja belum.
Terdahulu, pasangan ini memilih untuk bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.