Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Perkara Ini Perlu Dihentikan!” – Fazley Yaakob Rasa Penggiat Seni Tak Patut Rahsia Penyakit Demi Dapat Job

Pemergian Allahyarham Ridzuan Hashim sememannya mengejutkan kita semua selepas beliau dilaporkan menghidapi penyakit jantung sejak 3 tahun lalu. Lebih menyedihkan apabila, arwah Ridzuan memilih untuk rahsiakan penyakitnya itu kerana bimbang tidak lagi dipanggil untuk berlakon. Turut bersimpati dengan nasib yang menimpa arwah, penyRIDanyi Datuk Fazley Yaakob berpendapat perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam industri hiburan tempatan.

BACA: Didie Alias Syukur Iringi Bekas Suami, Ridzuan Hashim Ke Liang Lahad

IKLAN

Terpaksa merahsiahkan penyakit kerana takut hilang kerja. Allahu, terlalu pedih ayat ini untuk ditelan. Adakah pemberi rezeki kini telah menjadi jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat-sahabat seindustri terpaksa buat-buat sihat agar terus mendapat rezeki yang halal?

Perkara ini perlu dihentikan! Tolong sahabat-sahabat semua, janganlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagi atas alasan yang sama. Rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat kerja.

Fazley memberikan peringatan itu melalui Instagram miliknya dan menerima pelbagai reaksi. Ada juga yang meminta majika untuk membuka mata tentang kebajikan pekerja termasuklah warga seni.

Mencari sesuai nasi tak seharusnya membebankan mereka yang sememangnya uzur. Apatah lagi jika ia merupakan mata pencarian utama seseorang.

Atau mungkin ada dalam kalangan mereka yang memberi kerja, secara rahsia mengeluarkan amaran, ‘kalau dia ada penyakit jangan diberi kerja, nanti menyusahkan semua orang. – Kata Fazley lagi.

Apapun, kita doakan arwah Ridzuan tenang di alam sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas